Wednesday, April 24, 2013

Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul ...

Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah.. operation telah pun selamat dijalankan.. syukur Ya Allah.. :') Hari-hariku dihabiskan dengan duduk di rumah sepenuh masa. jangan tanye la bosan ke x kan.. mmg bosan la jugak. dengan tangan kanan yang berbalut membataskan aku utk buat aktiviti rutin. inshaa Allah esok balutan ini dibuka.. Yeyyy! punye le lemasss dgn blutan ini.. Allah saja yang tahu.. gataal tauu! nak garu xboleh.. hadoii.. tahan je la.
ok ok td tu sume mukadimah je.. (panjangnye mukadimah die.. haha)


Actually, sepanjang kat rumah xde la aku xbuat ape2 kan.. aku banyak la jgk hbskan mase dgn buku2 motivasi. Hari nie aku berjaya menghabiskan buku "pemilik cintaku setelah Allah & Rasul". best dan menarik untuk dibaca.. tulisan Ustzah Fatimah Syarha. Indahnye kebahagiaan yang sebenarnye hanya dapat dirasai oleh mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah & Rasul.. :)
Ya Allah, bantulah aku.. permudahkanlah urusanku .. lembutkanlah hatiku ini untuk mencari keredhaanMu. Izinkanlah aku untuk mencintaiMu sepenuh hatiku. Janganlah Kau kaburi mataku dengan keindahan dunia semata-mata.
Aku pasti dan aku yakin yang dalam hati setiap seorang daripada kita pasti ada terdetik rasa untuk berubah. Berubahlah kita sebelum terlambat. Mulakanlah dengan menyesali dan meninggalkan perbuatan yang melanggar perintah Allah serta susulilah dengan solat sunat taubat setiap malam. Insya Allah.
"Dengan mengingati Allah hati akan tenang.. " berpeganglah dengan janji Allah ini. 
kalau niat kita suci dan tulus untuk mencari redha-Nya.. dengan izin Allah pasti akan dipermudahkan. bersangka baiklah pada Allah dan pada setiap manusia di dunia ini. Setiap ujian yang diturunkan pada kita pasti ade hikmahnya.. 
*berubah itu mudah namun yang sukar adalah untuk beristiqamah...Semoga kita sentiasa beristiqamah dalam perubahan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment